Saturday, April 21, 2012

Kaedah Bacaan

Terdapat pelbagai kaedah bacaan . Saya utarakan 4 kaedah yang sering saya gunakan untuk anak didik saya untuk mempercepatkan kemahiran membaca :
1. Kaedah abjad dan suku kata.
   Ini merupakan kaedah tertua sekali diamalkan oleh kebanyakkan guru bahasa.
   Murid dikenalkan huruf besar dan kecil kemudian huruf vokal.
   Suku kata dibentuk dan digabungkan menjadi perkataan.
2. Kaedah pandang dan sebut.
   Murid menghafal abjad kemudian dikenalkan perkataan berserta gambar.
3. Kaedah fonik.
   Murid dikenalkan bunyi huruf bukannya  nama huruf. Huruf digabung menjadi suku kata. suku kata menjadi
   perkataan. dan akhirnya terbinalah ayat.
4. Kaedah gabungan bunyi kata.
   Murid diajar langkah demi langkah iaitu bunyi huruf digabung dengan nama huruf dan bentuk huruf.
   Suku kata dibina diikuti dengan perkataan. Latihtubi amat diperlukan berdasarkan pendekatan pelbagai
   deria. (multisensory ) BBM juga perlu.

  

No comments:

Post a Comment